Apakah itu Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja?
Siapakah yang layak untuk Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja?
- Semua pejabat agensi kerajaan di bawah Kementerian/ Jabatan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri adalah layak untuk memohon geran penubuhan ini.
- Pejabat agensi kerajaan hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Mempunyai keperluan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan TASKA di Tempat Kerja baharu atau sedia ada;
- Merupakan pejabat di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan
- Mendapat persetujuan/ kelulusan dari Kementerian/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menubuhkan baharu atau menyelenggarakan TASKA di Tempat Kerja.
Bagaimanakah cara untuk pejabat agensi kerajaan memohon Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja?
- Permohonan hendaklah dibuat melalui Kementerian masing-masing dengan merujuk Panduan Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja (GT4) yang telah diedarkan melalui semua Kementerian/ Jabatan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Kertas cadangan (GT2) dari pejabat agensi kerajaan hendaklah dihantar melalui Kementerian/ Jabatan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk diselaraskan dan pengesahan oleh KSU/ SUK masing-masing; dan
- Permohonan dikemukakan kepada KPWKM dengan Borang Permohonan Geran Penubuhan TASKA di Tempat Kerja (GT5) sebelum tarikh tutup permohonan.