Apakah itu SJMK?

Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK) ialah skim jaminan kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat PKS dalam pelbagai industri dan sektor untuk mendapatkan akses kepada kemudahan kredit atau pembiayaan yang diperlukan. Syarikat-syarikat PKS boleh mendapatkan kemudahan kredit atau pembiayaan dari Institusi Kewangan dan jika layak untuk jaminan kerajaan, Institusi Kewangan tersebut akan membuat permohonan kepada pihak SJPP. Terdapat juga skim-skim jaminan kerajaan bagi syarikat-syarikat PKS yang khusus bagi pengusaha wanita; eksport; Start-Up; dan untuk inisiatif-inisiatif berteraskan automasi dan digital.

Siapakah yang layak memohon untuk SJMK?

  • Syarikat-syarikat PKS dalam semua sektor atau industri seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia;
  • Sdn Bhd, perkongsian atau perniagaan tunggal yang didaftarkan di bawah Akta Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965 atau 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak atau Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional; dan
  • Pegangan saham mestilah sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh warganegara Malaysia.

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk SJMK?

  • Permohonan boleh dibuat melalui Institusi Kewangan yang bekerjasama dengan SJPP
  • Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini dan senarai Institusi Kewangan terlibat, sila layari Laman Khas SJMK