Apakah itu Program Subsidi Upah?

  • Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan RM600 yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja, setiap bulan
  • PSU bertujuan untuk menyokong majikan yang operasinya telah terkesan oleh pandemik COVID-19 untuk terus beroperasi dan mengekalkan pekerja, yang seterusnya akan mendapat keselamatan dari segi kewangan
  • Tempoh bayaran di bawah PSU 3.0:
Senario B2021 PERMAI PEMERKASA PEMERKASA+ Jumlah
Penerima sedia ada PSU 1.0 / 2.0 sektor pelancongan, peruncitan dan lain-lain yang ditutup semasa PKP2.0 +3 bulan N/A +3 bulan +1 bulan 7 bulan
Penerima sedia ada PSU1.0 / PSU2.0 bagi sektor lain di negeri PKP N/A +1 bulan N/A +1 bulan 2 bulan
Pemohon baharu* PSU 3.0 dalam sektor pelancongan, peruncitan dan lain-lain yang ditutup semasa PKP2.0 +6 bulan N/A +3 bulan +1 bulan 10 bulan
Pemohon baharu* PSU 3.0 dalam sektor lain di negeri PKP N/A +1 bulan N/A +1 bulan 2 bulan

*Tidak pernah menerima bantuan PSU 1.0 atau PSU 2.0

  • Tempoh bayaran di bawah PSU 4.0:
Senario Bayaran PSU 4.0 PEMULIH
Pemohon PSU 4.0 bagi semua sektor dalam fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2 bulan
Pemohon PSU 4.0 bagi sektor dalam senarai negatif fasa ke-3 PPN 2 bulan tambahan

Siapakah yang layak untuk memohon Program Subsidi Upah?

  • Permohonan PSU 3.0 telah ditutup pada 31 Julai 2021
  • Permohonan PSU 4.0 dibuka pada 1 Ogos 2021
    1. Majikan yang mengalami pengurangan pendapatan/jualan >30% bulanan tahun 2021 berbanding bulan-bulan yang sama pada tahun 2019/ 2020/ 2021 sebelum penularan wabak COVID-19
    2. Bagi majikan yang telah menerima PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0, permohonan baharu untuk PSU 4.0 perlu dibuat, untuk menerima bantuan PSU 4.0
  • Majikan dan pekerja mesti mendaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Jun 2021
  • Tuntutan maksimum 500 orang pekerja bagi setiap majikan
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Web PERKESO dan Soalan Lazim PSU 4.0

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Program Subsidi Upah?

  • Layari Portal Program Subsidi Upah untuk memohon untuk PSU 4.0 sebelum 30 Oktober 2021
  • Subsidi upah akan disalurkan kepada majikan yang telah mendaftar dibawah PSU 4.0 secara automatik, dan majikan hanya perlu mengemaskini bilangan pekerja mereka atau status aktif perniagaan sekiranya ada perubahan