Apakah itu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)?

TRRF merupakan kemudahan pembiayaan yang diperkenalkan oleh BNM untuk memberi bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan sejak bulan Jun 2020

Siapakah yang layak memohon TRRF?

  • PKS* dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020 (kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan) seperti: 
    1. Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer / barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
    2. Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
    3. Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
    4. Seni, hiburan dan rekreasi
    5. Perdagangan borong dan runcit
    6. Perkhidmatan perniagaan (contoh: aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)
  • Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan/ atau Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF

* Mengikut definisi PKS seperti yang takrifkan oleh National Entrepreneur and SME Development Council (NESDC)

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk TRRF?

PKS yang berminat boleh memohon kepada institusi kewangan berdaftar yang terdiri daripada bank-bank komersial, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan melalui laman web masing-masing atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan institusi kewangan tersebut. Kelulusan akan tertakluk kepada penilian kredit institusi kewangan tersebut.