Apakah itu Bantuan Bayaran Balik Pinjaman?

  • Bantuan Bayaran Balik Pinjaman adalah bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS
  • Di bawah pakej PEMULIH yang diumumkan pada 28 Jun 2021, semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40, T20 dan PKS mikro boleh memilih untuk mendapatkan moratorium 6 bulan
  • Kelulusan akan diberikan secara automatik kepada semua yang memohon

Siapakah yang layak memohon bantuan bayaran balik pinjaman?

  • Moratorium pinjaman selama 6 bulan disediakan untuk semua individu (B40, M40, dan T20), perusahaan mikro, dan PKS yang terjejas mulai 7 Julai 2021
  • Kategori Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
    Semua individu (B40, M40 dan T20)
    • Moratorium 6 bulan
    • Tiada dokumen sokongan diperlukan
    Semua perusahaan mikro*
    Semua PKS* yang terjejas teruk
    akibat pandemik COVID-19
    • Moratorium 6 bulan
    • Tiada dokumen sokongan diperlukan
    • Hanya pengisytiharan kendiri diperlukan
  • * Seperti yand ditakrif oleh SME Corporation Malaysia
  • Bantuan khusus (contohnya bayaran ansuran yang dikurangkan) yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan individu terus disediakann

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk bantuan bayaran balik pinjaman?

  • Untuk mendapatkan bantuan ini, sila hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021
    1. Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon
    2. Berikan butiran peribadi dan butiran pinjaman/pembiayaan anda dan pilih bantuan bayaran balik pinjaman yang diperlukan
    3. Teliti dan terima terma dan syarat
    4. Tunggu pengesahan
    5. Bank anda akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS)
    6. Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan pihak bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web untuk membuat aduan
  • Sila rujuk kepada Laman Khas Bantuan Bayaran Balik Pinjaman untuk maklumat lebih lanjut