SPS Lindung – Delivery Riders

  • SPS Lindung ataupun Skim Bencana Pekerjaan di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 6 November 2020 bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  • Di bawah pakej PERMAI, yang diumumkan pada Januari 2021, kerajaan akan membiayai penuh caruman perlindungan keselamatan sosial bagi delivery riders di bawah SKSPS

Siapakah yang layak untuk memohon?

  • Kumpulan sasaran OBS di bawah program inisiatif Kerajaan ini adalah Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima seramai 40,000 orang.
  • Delivery Riders di sini merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motorsikal, basikal ataupun perjalan kaki.

Bagaimanakah cara untuk memohon SPS Lindung – Delivery Riders

  • Permohonan boleh dibuat terus kepada pejabat PERKESO yang berdekatan atau melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing.
  • Dokumen yang diperlukan untuk delivery riders adalah seperti berikut:
    1. Salinan kad pengenalan;
    2. Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan atau salinan SSM /bukti pekerjaan; dan
    3. Salinan lesen motorsikal.
    4. Bagi yang berbasikal ataupun perjalan kaki, pekerja hendaklah mengemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang berkaitan atau salinan SSM /bukti pekerjaan;.