Apakah SPiKE?

  • SPiKE ialah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres yang memberi kemudahan pembiayaan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang meliputi aktiviti pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan elektrik.

Siapakah yang layak memohon untuk SPiKE?

Syarat Asas:

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

Syarat Khusus:

  • Kontraktor binaan kelas G1, G2, G3, G4 dan G5 atau dahulunya dikenali sebagai F, E, D dan C yang menerima kerja dari Jabatan Pemberi Kerja seperti berikut:
    1. Jabatan atau Agensi Kerajaan
    2. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    3. Syarikat Senaraian Awam
  • Pemberi kerja dan pemohon bersetuju menandatangani Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) dan Surat Persetujuan (Letter of Consent) untuk membuat bayaran kepada MARA

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk SPiKE?

  • Permohonan secara dalam talian di myusahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.