Apakah itu Skim Pembiayaan Sukan?
- Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan pengendali/pengusaha fasiliti sukan kaum Bumiputera dan India.
- Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 hingga RM 100,000.
- Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 tahun hingga 10 tahun.
- Kadar pinjaman yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.
Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan Sukan?
- Usahawan mikro yang layak memohon harus memenuhi kriteria di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera dan Kaum India.
- Berumur 18- 60 tahun
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
- Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah atau dokumen yang mengesahkan perniagaan yang dijalankan dari Penghulu, Tok Batin, Tuai Rumah, atau Ketua Masyarakat Tempatan
- Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang tetap atau perniagaan yang dijalankan secara bergerak
- Bebas daripada sebarang tindakan muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera / India
- Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000; dan
- Had Modal Berbayar syarikat tidak melebihi RM300,000
Bagaimanakah cara untuk memohon Skim Pembiayaan Sukan?
- Usahawan boleh menghantar permohonan melalui:
- Pejabat/Cawangan TEKUN yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon ATAU
- Lawati Laman Khas TEKUN