Apakah itu SIP PRIHATIN?

  • SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) PRIHATIN memberikan bantuan kewangan kepada pekerja yang berdaftar dengan SIP seperti yang diperuntukkan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan telah kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19 yang berterusan. Ini bertujuan untuk menyokong mereka melalui pencarian pekerjaan baru dengan membantu mereka menampung perbelanjaan asas
  • Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 3 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan SIP Prihatin 2.0 dikemukakan
    1. Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) SIP Prihatin 2.0 berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja
    2. Bayaran RM400 one-off Elaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0

Siapakah yang layak memohon SIP PRIHATIN?

  • Individu yang belum berdaftar dan tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Julai 2020
  • Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada masa permohonan
  • Mesti memenuhi semua syarat kelayakan SIP PRIHATIN di Jadual 1, Soalan Lazim SIP PRIHATIN
Aktiviti Pencarian Pekerjaan Jumlah Carian Jumlah Bayaran
Menghadiri temuduga terbuka Minima 3 sesi temuduga untuk setiap bayaran EMP bulanan / bulan seterusnya RM300 sebulan
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan pertama Menghadiri sekurang-kurangnya satu temuduga dalam tempoh menerima EMP SIP Prihatin 2.0 RM300 EMP + RM400 EPB
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan kedua Menghadiri sekurang-kurangnya empat temuduga dalam tempoh menerima EMP SIP Prihatin 2.0 RM300 EMP + RM300 EMP + RM400 EPB
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan keempat Menghadiri sekurang-kurangnya enam temuduga dalam tempoh menerima EMP SIP Prihatin 2.0 RM300 EMP + RM300 EMP

Bagaimanakah saya boleh memohon SIP PRIHATIN?

  • Pemohon wajib berdaftar sebagai pencari kerja dan melengkapkan profil di Portal MYFutureJobs
    1. Pemohon juga hendaklah berdaftar di aplikasi PRIHATIN PERKESO (PlayStore / AppleStore) bagi tujuan pembayaran elaun
  • Pemohon perlu mengemaskini log aktiviti bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFutureJobs
    1. Pemohon juga perlu memastikan tarikh kembali bekerja dikemaskini sekiranya kembali bekerja, dengan memuat naik dokumen sokongan (surat tawaran) bagi tujuan pembayaran EPB