Bagaimanakah saya boleh menyertai Kempen Shop Malaysia Online?
UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG 20 RAKAN E-DAGANG KAMI
Apakah itu Kempen Shop Malaysia Online?
- Kempen ini diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021 dengan tujuan untuk menggalakkan pembelian dalam talian. Melalui kempen ini, baucar diskaun yang dibiayai bersama oleh Kerajaan dan rakan e-dagang serta e-bayar yang terlibat akan diberikan kepada pembeli semasa mereka membuat transaksi dalam talian
- Pengguna akan mendapat baucar digital yang boleh digunakan bagi diskaun ke atas pembelian atau caj penghantaran bagi transaksi dalam talian di platform e-dagang dan e-bayar yang terlibat
- Matlamat Kempen ini adalah:
- Jangka pendek: Untuk membantu memulihkan ekonomi dengan menjana permintaan melalui platform atas talian.
- Jangka panjang: Untuk membantu peniaga tempatan dan memastikan kitaran perbelanjaan kekal berterusan melalui pembelian secara atas talian.
- Untuk menggalakkan peniaga tempatan baharu menggunakan platform e-bayar dan membantu mendigitalkan proses pembayaran
- Menyokong peniaga baharu menyertai platform e-dagang dengan memberi fokus untuk promosi sektor seperti seperti halal, kraf tangan, pertanian, peruncitan dan perkhidmatan untuk membantu meningkatkan penjualan dan jangkauan perniagaan- perniagaan kecil Malaysia
- Kempen ini akan bermula pada 1 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021
- Setiap platform yang terlibat mempunyai strategi kempen tersendiri dalam menarik minat pengguna untuk membeli-belah di platform mereka semasa menyertai kempen Shop Malaysia Online ini. Antaranya strategi ini adalah:
- Baucar membeli-belah
- Kod diskaun
- Baucar pembeli baharu/sedia ada
- Pulangan tunai
- Rebat E-dompet
- Dalam bentuk penghantaran
Siapakah yang layak memohon Kempen Shop Malaysia Online?
Peniaga-peniaga tempatan Malaysia
Bagaimanakah saya boleh memohon Kempen Shop Malaysia Online?
Kempen ini tidak memerlukan sebarang permohonan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Laman Khas Kempen Shop Malaysia Online