Apakah itu Program SAVE 2.0?

  • Program SAVE 2.0 menyediakan pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga bertaraf 4 atau 5 bintang buatan tempatan atau yang dikilangkan dan mendapat persijilan SIRIM atau setara
  • Objektif program adalah untuk:
    1. Menggalakkan pengguna mengamalkan amalan cekap tenaga sekaligus menyumbang kepada penjimatan penggunaan tenaga dan bil elektrik
    2. Meningkatkan penjualan kelengkapan elektrik cekap tenaga

Siapakah yang layak untuk memohon Program SAVE 2.0?

  • Untuk menyertai Program SAVE 2.0, anda mestilah:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB, dan Nur Power;
    3. Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga dalam tahun 2021; dan
    4. Terhad kepada 1 akaun bil elektrik sahaja untuk satu diskaun e-Rebat & 150,000 tebusan pertama sahaja.

Bagaimanakah cara untuk memohon Program SAVE 2.0?

  • Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:
    1. Kaedah 1: Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar
    2. Kaedah 2: Pembelian Secara atas talian (e-dagang)
  • Untuk maklumat permohonan yang terperinci, layari Laman Khas SAVE 2.0 atau Soalan Lazim SAVE 2.0