Apakah itu Ruang Reka?

  • Ruang Reka merupakan sebuah Hub Reka Cipta Sains, Teknologi dan Inovasi yang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif dalam menangani isu-isu sosio-ekonomi dan setempat.
    1. Ruang Reka boleh dilihat sebagai sebuah hub terbuka yang menggabungkan elemen bengkel mesin, bengkel Kraftangan(Seni & Kraftangan), atau studio di mana orang awam, ahli akademik/pelajar, syarikat permulaan, syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan masyarakat secara keseluruhannya untuk berkongsi sumber dan pengetahuan terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) untuk membina dan mewujudkan sesuatu menggunakan pelbagai alat dan bahan berteknologi tinggi.
    2. YIM menyasarkan lebih 15,000 pelajar dan anggota masyarakat keseluruhannya yang akan mendapat manfaat daripada pembudayaan STIE.
  • Program ini menawarkan pembelajaran, latihan dan bantuan teknikal secara amali on bagi menyebarluas pengetahuan, memberi kemahiran dan pengalaman praktikal kepada peserta.
    1. Antara modul pembangunan kemahiran yang ditawarkan ialah modul ekonomi digital, percetakan 3D, AI, robotik dan elektronik.
    2. Program juga menerapkan pembangunan bakat melalui modul design thinking dan mentoring.
  • YIM akan membangunkan 10 buah Ruang Reka melibatkan (2) Ruang Reka Flagship dan (8) Ruang Reka Mini di lokasi terpilih seluruh Malaysia.
    1. Tiga lokasi projek perintis Ruang Reka telah dan sedang dibangunkan oleh YIM iaitu di Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor.

Siapa yang layak memohon Ruang Reka?

  • Program ini juga menyasarkan kumpulan - kumpulan berikut untuk turut serta menggunakan Ruang Reka:
    1. Belia;
    2. Pelajar;
    3. Syarikat permulaan;
    4. Syarikat Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS); dan
    5. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Bagaimana saya boleh memohon Ruang Reka?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program dan lokasi Ruang Reka, sila layari laman web rasmi YIM