Apakah itu Pembiayaan & Perkhidmatan PUNB?

Pembiayaan dan Perkhidmatan PUNB adalah sebuah pakej keusahawanan bersepadu yang merangkumi produk pembiayaan, perkhidmatan pemantauan dan khidmat nasihat serta khidmat sewaan premis perniagaan.

Siapakah yang layak memohon Pembiayaan & Perkhidmatan PUNB?

  • Pembiayaan dan Perkhidmatan PUNB terbuka kepada semua usahawan dan perniagaan dimiliki atau dikuasai oleh Bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran, pembuatan dan perkhidmatan di pelbagai sektor kecuali sektor pertanian, perikanan dan perladangan.
  • Syarikat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 18 bulan rekod perniagaan dengan pendapatan tahunan tidak kurang dari RM300,000 serta penyata kewangan yang dikemas kini.

Bagaimanakah saya boleh memohon Pembiayaan & Perkhidmatan PUNB?

  • Klik DI SINI untuk memulakan proses permohonan
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Khas PUNB atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan PUNB di 1300 13 7862