Apakah itu (PRUV-ATM)​?

  • Program Reskilling & Upskilling Veteran ATM (PRUV-ATM) adalah sebuah Program Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula khusus untuk pesara tentera yang disediakan melalui program latihan kemahiran dan keusahawanan
  • Ia merupakan inisiatif kerajaan melalui PERHEBAT bagi menambah baik status sosioekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas akibat pandemik COVID-19
  • Melalui program ini, veteran ATM akan dilatih untuk meningkatkan, menambah, memperluas atau memperkasa pengetahuan dan kemahiran dimiliki bagi sektor pekerjaan dan keusahawanan yang mereka ceburi.

Siapakah yang layak memohon (PRUV-ATM)?

Veteran ATM yang telah menjalani Latihan Peralihan dari tahun 2015 hingga 2021 dalam SEMUA kategori berikut:
  • Latihan di PERHEBAT;
  • Teknikal & Vokasional;
  • Latihan Sambil Bekerja;
  • Pertanian & Penternakan; dan
  • Kursus-kursus Pengurusan & Latihan Persendirian

Bagaimanakah saya boleh memohon (PRUV-ATM)?

Calon yang telah menjalani Latihan Peralihan dalam semua kategori di atas, boleh memohon kepada PRUV-ATM dengan mengisi borang permohonan dalam talian di laman web PERHEBAT mengikut pautan yang disediakan bagi setiap negeri.