Apakah itu PenjanaKerjaya 3.0?

PenjanaKerjaya 3.0 merupakan penambahbaikan daripada Program Insentif Pengambilan Pekerja yang telah dilaksanakan sebelum ini. Semua pengambilan pekerja yang dilakukan mulai 15 Jun 2021 layak memohon di bawah PenjanaKerjaya3.0

Perantisan <40 tahun >40 tahun
Kadar insentif RM800 – RM1000 40% gaji bulanan kepada majikan 60% gaji bulanan kepada majikan
Bayaran Maksimum RM4,800 dalam tempoh 6 bulan RM4,000 sebulan RM6,000 sebulan
Bantuan Latihan Sehingga RM4,000 Sehingga RM7,000
Gaji Minimum RM1,200 RM1,500
Syarikat Kontrak Perkhidmatan Minimum 3-6 bulan Minimum 12 bulan
Bantuan Mobiliti RM500 bagi jarak dari tempat bermastautin kurang daripada 100km
RM1,000 bagi jarak 100km dan ke atas
Tempoh 3-6 bulan 6 bulan
Penganggur & Orang Kehilangan Pekerjaan Golongan Mudah Terjejas Malaysianisation
Kadar insentif 40% gaji bulanan kepada majikan 60% gaji bulanan kepada majikan 40% gaji bulanan kepada majikan dan 20% dibayar terus kepada pekerja
Bayaran Maksimum RM4,000 sebulan RM6,000 sebulan RM4,000 kepada majikan,
RM2,000 kepada pekerja
Bantuan Latihan Sehingga RM7,000
Gaji Minimum Minimum RM1,500 Minimum RM1,200
Syarikat Kontrak Perkhidmatan Minimum 12 bulan Minimum 6 bulan Minimum 12 bulan
Bantuan Mobiliti RM500 bagi jarak dari tempat bermastautin kurang daripada 100km
RM1,000 bagi jarak 100km dan ke atas
Tempoh 6 bulan

Siapakah yang layak memohon Insentif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya 3.0?

  • Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO kecuali majikan perniagaan milikan tunggal:
    1. Majikan yang berdaftar dengan SSM sebelum 1 Januari 2021 atau pihak berkuasa yang lain seperti ROS, ROC, PBT,dan lain-lain
    2. Majikan Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah layak bagi kategori Perantisan
  • Pekerja yang layak memohon untuk PenjanaKerjaya 3.0 adalah seperti berikut:
  • Perantisan <40 tahun >40 tahun
    Kelayakan Lepasan sekolah/graduan
    yang berumur 18-30 tahun
    16-39 tahun 40 tahun ke atas
    Penganggur & Orang Kehilangan Pekerjaan Golongan Mudah Terjejas Malaysianisation
    Kelayakan
    • Penerima faedah Skim Insurans Pekerja
    • Individu termasuk graduan yang menanggur melibihi 180 hari
    • Individu yang tidak pernah mencarum PERKESO
    • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Peserta Program Return to Work (RTW)
    • Bekas Banduan
    • Golongan Miskin Tegar
    Penggantian jawatan
    yang ditawarkan kepada
    pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing

Bagaimanakah cara memohon Insentif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya 3.0?

  • Tarikh permohonan untuk insentif PenjanaKerjaya 3.0 adalah pada 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021 .
  • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan PenjanaKerjaya 3.0:
    1. Maklumat akaun bank majikan (salinan penyata yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank);
    2. Maklumat nombor pendafaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh pihak bank (Business Registration Number- BRN);
    3. Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja;
    4. Maklumat akaun bank pekerja (salinan penyata bank yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank);
  • Dokumen yang perlu dikemukakan kepada pegawai PERKESO sekiranya diminta
    1. Sijil Perakuan Kendiri oleh majikan sekiranya pekerja tersebut adalah dalam kategori Golongan Mudah Terjejas (seperti dalam Jadual 1 di Soalan Lazim Insentif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya 3.0).
    2. Kontrak Perkhidmatan Pekerja Baru yang perlu disimpan sebagai rekod/pembuktian dan perlu dikemukakan kepada PERKESO sekiranya diminta.
    3. Borang Perakuan Berkanun
    4. Bukti caruman kepada KWSP bagi pekerja yang baru diambil bekerja
  • Majikan boleh membuat permohonan dan semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya
  • Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi Soalan Lazim Insentif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya 3.0.