Apakah itu Sokongan Bil Elektrik?
- Inisiatif Sokongan Bil Elektrik yang diumumkan di bawah pakej PERMAI telah dilanjutkan di bawah pakej PEMERKASA dan PEMULIH
- Inisiatif ini memberi diskaun 10% bil elektrik bagi bulan Julai hingga Disember 2021 untuk enam sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya:
- Pengendali Hotel;
- Taman Tema;
- Pusat Konvensyen;
- Pusat Membeli Belah;
- Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan; dan
- Agensi Pelancongan.
- Pakej PEMULIH juga telah memperluas diskaun bil elektrik kepada Rakyat dan PKS komersial, perindustrian dan pertanian bagi tempoh 3 bulan bermula dengan bil bulan Julai 2021
Siapakah yang layak untuk memohon Sokongan Bil Elektrik?
Kategori | Syarat | Diskaun | Jangka masa |
---|---|---|---|
Kediaman | 200kWh ke bawah | 40% | Julai- September 2021 |
201-300kWh | 15% | ||
301kWh-600kWh | 10% | ||
601kWh-900kWh | 5% | 6 sektor perniagaan terpilih |
|
10% | Julai – Disember 2021 | PKS |
|
5% | Julai – September 2021 |
Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Sokongan Bil Elektrik?
- Untuk pengguna kategori kediaman dan perniagaan PKS, diskaun akan ditunjukkan secara automatik dalam bil elektrik pada bulan Julai, Ogos dan September
- Bagi pengguna perdagangan dari 6 sektor terpilih yang telah menerima diskaun 10% di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) akan secara automatik layak menerima diskaun 10% di bawah PEMERKASA+ dan PEMULIH
- Bagi pemohon baharu dari 6 sektor terpilih, yang mempunyai akaun TNB boleh memohon untuk inisiatif ini melalui:
- E-mel kepada TNB CareLine di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
- Kedai Tenaga yang berdekatan (selepas tamat tempoh PKP)
- Pemohon dari 6 sektor yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan pihak TNB boleh mengisi borang permohonan di Laman Permohonan KeTSA
- Borang yang telah dilengkapkan dan dokumen sokongan boleh diserahkan melalui Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
- Pengguna boleh menyemak status kelayakan diskaun 10% di Laman Khas KeTSA
- Untuk maklumat lanjut, kunjungi Soalan Lazim Sokongan Bil Elektrik