Apakah itu Penangguhan Bayaran Balik PTPTN?
- PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh (PKP 3.0) dan layak.
- Tempoh penangguhan bayaran balik ini adalah seperti berikut:
Bulan Memohon | Bulan Diluluskan | Tempoh Penangguhan | |
---|---|---|---|
Peminjam kehilangan pendapatan | Peminjam dipotong gaji | ||
Jun | Jun | Jun hingga Ogos | Julai hingga September |
Julai | Julai | Julai hingga September | Ogos hingga Oktober |
Ogos | Ogos | Ogos hingga Oktober | September hingga November |
Siapakah yang layak untuk memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN?
- Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Bagaimanakah saya boleh memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN?
- Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN
- Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan
- Tiada sebarang dokumen diperlukan untuk permohonan ini
- Permohonan penangguhan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja
- PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.
- Untuk maklmat lanjut, layari FAQ Penangguhan Bayaran Balik PTPTN