Apakah itu Program KerjayaGig?

  • Objektif Program KerjayaGig adalah untuk:
    1. Memperluas skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa
    2. Di bawah pakej PEMULIH, program ini juga diperluaskan untuk meliputi pekerjaan sementara dan perkejaan gig untuk golongan penganggur tegar (lebih 180 hari)
    3. Memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya (underutilised ) dan sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
    4. Menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig
  • Bantuan yang tersedia di bawah program ini adalah seperti berikut:
    1. Bayaran bulanan sebanyak RM 600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan
    2. Insentif berjumlah RM 200 secara one-off kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO
  • Sebarang penempatan pekerjaan di bawah Program KerjayaGig bermula dari 17 Mac 2021 adalah layak untuk memohon insentif Program KerjayaGig

Siapakah yang layak memohon Program KerjayaGig?

  • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO
  • Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan kelainan upaya (OKU), peserta program Return To Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas penagih dadah, bekas panduan, Orang Diparol (ODP) dan sebagainya
  • Semua pekerja untuk program ini mesti berusia 18-60 tahun

Bagaimanakah saya boleh memohon Program KerjayaGig?

  • Permohonan bagi Program KerjayaGig akan dibuka mulai 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021
  • Log masuk di laman web MyFutureJobs dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri
  • Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui laman Web PERKESO untuk memohon insentif Program KerjayaGig
  • Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
    1. Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
    2. Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank)
    3. Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
    4. E-mel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk ( Soalan Lazim KerjayaGig