Apakah itu i-Citra?

  • Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
  • Amaun pengeluaran yang boleh dikeluarkan adalah:
    1. Sehingga maksimum RM5,000
    2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan
    3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
    4. Bayaran minimum adalah RM50
    5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
    6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
  • Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021
  • Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021

Siapakah yang layak memohon i-Citra?

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
    1. Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui, Portal i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun, ataupun Kios KWSP berdekatan

Bagaimanakah saya boleh memohon i-Citra?

Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing- masing untuk maklumat lanjut. Berikut adalah pautan laman sesawang pihak syarikat pembekal perkhidmatan yang terlibat:
  • Permohonan hanya secara dalam talian melalui Portal i-Citra
    1. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.