Apakah itu eLadang?

Inisiatif eLadang memacu agenda digitalisasi dan transformasi untuk memperkasakan sektor pertanian oleh MDEC, melalui peningkatan kesedaran dalam teknologi 4IR dan pemangkinan adaptasi ‘Digital AgTech’ secara berskala ke arah kewujudan petani Ekonomi Digital;
  • Digitalisasi : Sesi latihan digitalisasi akan dilaksanakan secara dalam talian untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan ‘Digital AgTech’
  • Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)/Koperasi/Organisasi berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dengan penggunaan sistem/platform digital berteraskan teknologi 4IR, secara berskala

Siapakah yang layak untuk memohon eLadang?

  • Digitalisasi : Golongan Petani / Pekebun / Peladang / Penternak yang berdaftar; warganegara Malaysia yang mempunyai akses sedia ada pada kemudahan tanah/kawasan untuk pertanian / perladangan dan/atau mempunyai kemampuan untuk mengembangkan operasi pertanian/perladangan semasa
  • Transformasi : PPK/Koperasi Penternakan dan Perladangan/Organisasi berasaskan pertanian yang disokong dan/atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

Bagaimanakah saya boleh memohon eLadang?