Apakah itu 1GB Data Internet Percuma?
- Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih bekerja dan belajar dari rumah, dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile and Unifi Mobile akan terus menyokong keperluan pekerjaan dan pembelajaran Rakyat melalui tawaran 1GB data Internet percuma
- Pelanggan aktif boleh menikmati tawaran sehingga 31 Disember 2021 untuk 24 jam, tertakluk kepada ketersediaan teknikal pembekal perkhidmatan masing-masing
- Penggunaan untuk tujuan pembelajaran dan maklumat terkini akan menggunakan 1GB data Internet percuma terlebih dahulu
- Setelah kuota percuma tersebut habis digunakan, sebarang penggunaan data tambahan akan mengguna pakai kuota pelan data langganan sedia ada
Siapakah yang layak menerima 1GB Data Internet Percuma?
- Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile akan menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan masing-masing, melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, gentian optik dan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless)
- Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk menyemak kelayakan mereka bagi tawaran ini
Bagaimanakah saya boleh menerima 1GB Data Internet Percuma?
- Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing- masing untuk maklumat lanjut. Berikut adalah pautan laman sesawang pihak syarikat pembekal perkhidmatan yang terlibat:
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Unifi