Apakah itu BKC?
- Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021
- Bayaran BKC adalah seperti berikut:
Kategori Pendapatan | Kategori Penerima | |
---|---|---|
Isi Rumah | Bujang / Warga Emas sebatang kara | |
Miskin Tegar | Sept – RM500 Nov. – RM500 Dis. – RM300 |
Sept – RM200 Nov. – RM300 |
B40 | Sept – RM500 Dis. – RM300 |
Sept – RM200 |
M40 | Sept – RM250 | Sept – RM100 |
Siapakah yang layak untuk memohon BKC?
- Kategori pendapatan: Miskin tegar / B40 / M40
- Klasifikasi: Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang
Bagaimanakah saya boleh memohon BKC?
- Tiada permohonan diperlukan
- Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
- Nota: Jika anda tidak berjaya dalam rayuan BPR, anda tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40.
- Namun, LHDNM akan memeriksa rekod cukai yang ada untuk mengesahkan jika anda termasuk di dalam kategori pendapatan M40 (RM5,001 – RM9,000 untuk isi rumah / RM2,501 – RM5,000 untuk individu bujang)
- Jika anda berada di dalam kategori pendapatan ini anda akan layak mendapat bayaran BKC untuk kategori M40
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim BKC
Kategori Pendapatan | Data pengesahan | |
---|---|---|
Miskin Tegar | Permohonan BPR 2021 | |
B40 | Permohonan BPR 2021 | |
M40 | Rekod percukaian LHDNM |