Apakah itu SPS Prihatin Wanita

  • SPS Prihatin Wanita adalah bantuan Kerajaan di bawah Pakej PEMERKASA bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO yang dikhususkan kepada semua wanita yang bekerja sendiri daripada pelbagai sektor informal
  • Pelan caruman yang ditetapkan untuk program SPS Prihatin Wanita ini adalah di bawah Caruman Pelan Kedua – RM232.80 / setahun.
  • Bantuan Kerajaan yang disalurkan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) melalui caruman SKSPS adalah seperti berikut:
    1. Bantuan Kerajaan ini berbentuk pembiayaan caruman sebanyak 70% (RM163.00) daripada Kerajaan manakala 30% (RM69.80) dibayar oleh OBS.
    2. Tempoh perlindungan adalah selama setahun (12 bulan).
    3. OBS dibenarkan membuat caruman lebih daripada satu sektor selagi mereka masih aktif bekerja di dalam sektor berkenaan.

Siapakah yang layak untuk memohon SPS Prihatin Wanita?

  • Bertaraf warganegara Malaysia / pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Bekerja sendiri untuk mencari nafkah dan terbuka kepada semua pekerjaan informal
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia
  • OBS adalah seorang wanita

Bagaimanakah cara untuk memohon SPS Prihatin Wanita

  • Tarikh mula permohonan adalah pada 1 April 2021 manakala tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Disember 2021.
  • OBS boleh membuat pendaftaran dan caruman SPS Prihatin Wanita dengan hadir di kaunter pejabat PERKESO di seluruh negara
  • Bayaran caruman boleh dibuat menggunakan tunai atau Electronic Fund Transfer (EFT) melalui akaun Maybank dengan nombor akaun 5644 2752 0500 .
  • Bagi OBS yang membuat bayaran secara EFT, mereka dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada ruang rujukan sebelum melakukan transaksi bayaran serta mengemukakan resit bayaran sebagai bukti bayaran kepada anggota PERKESO bagi mengaktifkan caruman.
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Surat pelantikan / pengesahan kerja / platform penyedia perkhidmatan/ profil P-Hailing / lesen PBT / lesen perniagaan / lesen dari Badan Berkanun atau yang berkaitan / permit / sijil pendaftaran SSM.
  • Tempoh perlindungan selama 12 bulan (1 Tahun) bagi OBS yang membuat bayaran secara EFT adalah tertakluk kepada tarikh dan masa penerimaan resit bayaran kepada anggota PERKESO (waktu bekerja).
  • OBS yang dicarumkan akan menerima notifikasi caruman melalui emeldalam tempoh 24 jam selepas caruman di aktifkan oleh anggota PERKESO atau melalui Sistem MATRIX PERKESO
  • Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Soalan Lazim SPS Prihatin Wanita