Apakah itu SPIN?

Skim Pembiayaan Informal (SPIN) adalah skim pembiyaan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Siapa yang layak memohon SPIN?

  • Warganegara Malaysia;
  • Bumiputera dan Masyarakat India;
  • Berusia 18- 65 tahun (tidak berusia melibihi 65 tahun);
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan;
  • Dokumen yang mengesahkan menjalankan perniagaan dari Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) ATAU kupon/permit perniagaan oleh Jawankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak; dan
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan.

Bagaimana saya boleh memohon SPIN?

  • Untuk maklumat lanjut SPIN dan cara permohonan, klik di SINI untuk Soalan Lazim SPIN
  • Untuk muat turun borang permohonan, klik di SINI
  • Untuk membuat permohonan, anda boleh berhubung¬†dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran
  • Senarai lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari di SINI