- SMERF atau “Pembiayaan Pembaharuan SME” adalah skim pembiayaan yang diperkenalkan untuk membantu syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk syarikat mikro yang terjejas oleh wabak COVID-19 untuk mendapatkan akses pembiayaan bagi memulakan, memulakan semula dan meneruskan perniagaan mereka.
- Prioriti utama skim ini adalah untuk membantu peminjam kali pertama, perniagaan baharu dan perniagaan di sektor tertentu yang tidak dapat memperoleh pinjaman komersial kerana sekatan dan had tertentu.
- Syarikat yang layak akan mendapat pembiayaan dengan jumlah minimum RM50,000 sehingga RM250,000,000.
- Kadar pembiayaan tetap serendah 3% setahun
Siapakah yang layak memohon SMERF?
- Syarikat-syarikat berstatus PKS seperti definasi yang ditetapkan oleh Kerajaan melalui Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), badan pendaftar perniagaan atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan (bagi Sabah dan Sarawak) serta badan berkanun (bagi pembekal perkhidmatan professional); dan
- Sekurang-kurangnya 60% equiti dimiliki rakyat Malaysia
- Syarikat boleh menyemak status PKS dan mendapatkan pengesahan DI SINI
Bagaimana saya boleh memohon SMERF?
Langkah-langkah untuk memohon:
- E-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
- Hubungi Penasihat Perniagaan kami di talian 1 300 88 6433 (MIDF) pada waktu pejabat (Isnin - Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang); atau
- Hubungi Pejabat Wilayah MIDF yang berdekatan