Apakah itu SGBF?

  • SGBF atau "Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian dan Hijau" adalah skim pembiayaan yang ditawarkan untuk mendorong dan meningkatkan penggunaan teknologi hijau dan kecekapan tenaga di kalangan pemain industri tempatan dengan memfokuskan kepada penjimatan tenaga, penjanaan dan pengedaran tenaga, teknologi tenaga boleh diperbaharui dan pengurangan pelepasan karbon.
  • Pembiayaan ini bukan sahaja dapat memacu ekonomi dan kesejahteraan sosial di Malaysia, malah dapat menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran peralatan hijau dan penerapan teknologi hijau oleh penyedia perkhidmatan/sistem serta untuk memotivasi syarikat bagi memperoleh aset yang telah disahkan sebagai hijau.
  • Syarikat yang layak akan mendapat pembiayaan dengan jumlah minimum RM100,000 sehingga RM10,000,000.
  • Kadar pembiayaan tetap serendah 2% setahun bagi PKS dan 5.0% bagi bukan PKS.

Siapakah yang layak memohon SGBF?

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016 atau Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956; dan
  • Sekurang-kurangnya 51% equiti dimiliki rakyat Malaysia; dan
  • Bagi syarikat baharu dan beroperasi kurang daripada dua (2) tahun, pemegang saham, pengarah atau pengurusan tertinggi mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan yang berkaitan.

Bagaimana saya boleh memohon SGBF?

Langkah-langkah untuk memohon:
  • E-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
  • Hubungi Penasihat Perniagaan kami di talian 1 300 88 6433 (MIDF) pada waktu pejabat (Isnin - Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang); atau
  • Hubungi Pejabat Wilayah MIDF yang berdekatan