- SFSAM atau “Skim Pembiayaan Mudah bagi Automasi dan Pemodenan” merupakan skim pembiayaan mudah yang ditawarkan bagi membantu syarikat-syarikat tempatan di dalam sektor perkilangan untuk memoden dan mengautomasi proses-proses pengeluaran dengan meningkatkan kemampuan dan kapasiti pengeluaran.
- Skim pembiayaan ini juga dijangka dapat membantu syarikat-syarikat di dalam sektor perkilangan mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti-aktiviti berintensifkan buruh dan pekerja asing di samping mempelbagaikan aktiviti-aktiviti bernilai tambah tinggi.
- Syarikat yang layak akan mendapat pembiayaan dengan jumlah minimum RM50,000 sehingga RM20,000,000.
- Kadar pembiayaan tetap serendah 3% setahun (kini 4% atau 5% setahun) untuk tempoh 12 bulan bermula 1 April 2021 sehingga 31 Mac 2022.
Siapakah yang layak memohon SFSAM?
- Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016; dan
- Sekurang-kurangnya 51% equiti dimiliki rakyat Malaysia; dan
- Memiliki lesen premis yang sah; dan/atau
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun
Bagaimana saya boleh memohon SFSAM?
Langkah-langkah untuk memohon:
- E-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
- Hubungi Penasihat Perniagaan kami di talian 1 300 88 6433 (MIDF) pada waktu pejabat (Isnin - Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang); atau
- Hubungi Pejabat Wilayah MIDF yang berdekatan