Apakah itu PRIHATIN KASIH?

  • PRIHATIN Kasih adalah bantuan barangan dapur tanpa tunai (cashless) di bawah pakej PEMERKASA yang diumumkan pada Mac 2021
  • Objektif PRIHATIN Kasih adalah untuk meringankan beban sara hidup golongan miskin dan miskin bandar
  • Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima bantuan bulanan tanpa tunai sebanyak RM100 selama (3) bulan, melalui akaun MyKad:
  • Negeri Bulan permulaan bayaran
    Selangor, Kuala Lumpur Julai 2021
    Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, Terengganu Ogos 2021
    Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, Sarawak September 2021 – Oktober 2021
  • Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan barangan dapur tanpa tunai ini telah menyediakan infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di premis mereka
    1. Setakat ini, program PRIHATIN Kasih melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), selain daripada pasar raya dan kedai runcit lain yang mengambil bahagian
    2. Penerima boleh membeli barangan makanan asas dalam 10 kategori produk yang dibenarkan, iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, bahan perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman

Siapakah yang layak memohon PRIHATIN KASIH?

  • Keluarga yang dikenal pasti melalui data Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan pangkalan data e-Kasih, dan disahkan dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih memaklumkan mereka atas status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Bagaimanakah saya boleh memohon PRIHATIN KASIH?

Tiada permohonan diperlukan. Penerima akan dikenal pasti daripada mereka yang sudah berdaftar dengan pangkalan data kerajaan.