Apakah itu Dana Intervensi Industry4WRD?

  • Dana Intervensi Industry4WRD merupakan kemudahan bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang telah mengikuti program Penilaian Kesediaan (Readiness Assessment) yang dibiayai oleh Kerajaan untuk meyokong peralihan ke arah Industri 4.0.
    1. Dana ini adalah kemudahan geran padanan (matching grant) pada kadar 70:30 dengan had peruntukan maksimum sehingga RM500,000.00 untuk melaksanakan projek intervensi dengan berpandukan laporan RA bagi faktor-faktor peralihan yang membabitkan kemahiran, proses dan teknologi.
  • Pemohon mesti terlebih dahulu menyertai Penilain Kesediaan Industry 4WRD atau Readiness Assessment yang untuk membantu firma menilai kemampuan dan kesediaan organisasi untuk mengadaptasi teknologi dan proses Industri 4.0, menggunakan satu set petunjuk yang telah ditentukan untuk memahami keupayaan dan jurang organisasi yang terkini
    1. Permohonan yang berjaya akan diluluskan pembayaran pendahuluan maksimum sebanyak 30% daripada 70% geran padanan tertakluk kepada keputusan oleh Jawatankuasa Pelulus Dana Intervensi manakala pembayaran baki geran selebihnya adalah secara tebus semula.

Siapa yang layak memohon Dana Intervensi Industry4WRD?

  • Syarikat pengilangan atau perkhidmatan berkaitan pengilangan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 2016;
  • Merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang memenuhi definisi seperti berikut:
    1. Pengilangan: Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga tidak melebihi RM50 juta dan/atau bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 hingga tidak melebihi 200; dan
    2. Perkhidmatan Berkaitan Pengilangan: Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga tidak melebihi RM20 juta dan/atau bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 hingga tidak melebihi 75;
  • Beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun dalam aktiviti perniagaan sedia ada;
  • Memegang Lesen Pembuatan (ML) dan / atau lesen perniagaan yang sah.
  • Memiliki lesen perniagaan dan/atau Lesen Pengilang yang sah; dan
  • Mengikuti Program Penilaian Kesediaan Industry4WRD (RA) yang dibiayai oleh Kerajaan dan telah menerima laporan RA daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Bagaimana saya boleh memohon Dana Intervensi Industry4WRD?

  • Langkah-langkah untuk memohon:
    1. Lengkapkan Borang Permohonan Industry4WRD
    2. Dokumen permohonan dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di alamat berikut:
      Ketua Pegawai Eksekutif
      Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
      MIDA Sentral, No. 5, Jalan Stesen Sentral 5
      Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
  • Format Cadangan Teknikal, Garis Panduan Permohonan dan Carta Aliran Proses boleh dimuat turun daripada laman sesawang MIDA
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim Industry4WRD