Apakah itu eBizLink?

  • Inisiatif baharu oleh Kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) melalui MATRADE bagi memperhebatkan lagi promosi eksport Malaysia dengan memanfaatkan platform maya dan hibrid yang memfokuskan kepada pendekatan “Online & Offline” (O2O) dengan penumpuan khusus kepada pemasaran digital.
    1. eBizlink menawarkan solusi yang kos efektif dan lestari bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) Malaysia dalam merebut peluang bisnes baharu di pasaran antarabangsa ekoran pandemik COVID-19.
  • Menerusi inisiatif ini, PKS dan SPP tempatan berupaya menjana jualan eksport yang lebih tinggi melalui petunjuk jualan baharu hasil daripada pelaksanaan aktiviti promosi eksport oleh MATRADE dengan memanfaatkan:
    1. Platform Perdagangan Digital, iaitu platform digital berpusat yang menyediakan kemudahan pemudahcara perdagangan secara atas talian termasuk pemasaran digital, kolaborasi atas talian, padanan perniagaan B2B atas talian (eBizMatch), business pitching dan webinar
    2. Kempen Global ePerniagaan, yang memberi penumpuan khusus kepada pemasaran digital seperti KOL Live Streaming dan in-store promotion yang diintegerasikan dengan saluran media sosial. Pelaksanaan kempen akan disesuaikan dengan program promosi tahunan MATRADE, di samping memanfaatkan penyertaan dalam kempen jualan secara atas talian di peringkat serantau dan antarabangsa
  • Pelaksanaan inisiatif ini turut disokong oleh 46 Pejabat Perdagangan MATRADE di seluruh dunia melalui kolaborasi dengan pemegang taruh tempatan dan antarabangsa termasuk agensi kerajaan yang relevan, komuniti perniagaan dan pemain industri.

Siapakah yang layak untuk memohon eBizLink?

PKS dan SPP tempatan yang berdaftar dengan MATRADE.

Bagaimana untuk memohon eBizLink?

  • Daftar sebagai ahli MATRADE secara atas talian DI SINI
  • Mohon insentif eTRADE2.0 bagi mengeksport menerusi e-dagang secara atas talian DI SINI
  • Untuk ketahui lebih lanjut, rujuk kepada Soalan Lazim eBizLink