Apakah itu Projek Pertanian Organik​?

  • Projek Pertanian Organik merupakan salah satu inisiatif Belanjawan 2021 di bawah Dana Jaminan Makanan yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
  • Projek ini bertujuan untuk mewujudkan aktiviti pertanian bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan melalui kaedah pertanian secara organik yang lebih mesra alam
  • Pelaksanaan projek adalah melibatkan projek tanaman, ternakan dan akuakultur meliputi kerja awalan, pembangunan dan penyediaan tapak, kemudahan infrastruktur, perolehan mesin dan peralatan serta pembangunan dan pemasaran produk

Siapakah yang layak memohon Projek Pertanian Organik?

  • Golongan sasar yang boleh memohon program ini adalah seperti:
    1. Pertubuhan peladang;
    2. Usahawan tani;
    3. Koperasi;
    4. Usahawan/pembekal;
    5. Petani;
    6. Penternak;
    7. Nelayan; dan
    8. Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).
  • Ini adalah program penyertaan secara komuniti dengan minimum 3 orang bagi setiap permohonan
  • Keutamaan diberi kepada pengusaha pertanian sedia ada dan berdaya maju atau pengusaha baru yang komited serta mempunyai tanah atau kawasan untuk menjalankan aktiviti pertanian

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Projek Pertanian Organik​?

  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat-pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan MARDI di setiap negeri/daerah.