APAKAH ITU MyRAIL5?

Pengenalan pas perjalanan bulanan tanpa had (MyRail5) dengan harga RM5 adalah antara inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan pengangkutan awam untuk pelajar sekolah dan orang kelainan upaya, terutamanya semasa pandemik COVID-19.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB):

Pas ini boleh digunakan untuk Perkhidmatan KTM Komuter di sektor Lembah Klang (Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Tampin) dan Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Rengas) dan Perkhidmatan Antarabandar antara Kuala Lipis dan Tumpat mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS):

Pas ini juga boleh digunakan untuk Perkhidmatan JKNS antara Beaufort dan Tenom mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON MyRAIL5?

Terbuka kepada semua pelajar sekolah (Tahun 1 - Tingkatan 6) dan orang kelainan upaya (berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) warganegara Malaysia.

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMOHON UNTUK MyRAIL5?

Pembelian (pendaftaran) dan pembaharuan pas boleh dibuat di kaunter tiket dan atas talian.

KTMB:

JKNS: