Apakah itu Program IPC?

  • Industry-led Professional Certificate (IPC) adalah salah satu program pembangunan model insan Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii) yang dirangka bersama pihak industri. IPC menghasilkan pengendali dan juruteknik yang mahir melalui modul khusus dan latihan di tempat kerja.
    1. Program IPC memenuhi keperluan industri bagi tenaga mahir dalam sektor pembuatan dan lepas jualan yang makin mencabar dan kian berubah dengan teknologi.
    2. Program ini memberi tumpuan kepada latihan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran.
  • Dalam tempoh enam bulan program IPC, peserta akan didedahkan kepada pengetahuan am industri, kemahiran dan budaya kerja industri. Graduan IPC akan dijaminkan pekerjaan sama ada dalam kilang pengeluaran dan sebagainya.
  • Kelebihan program ini adalah seperti berikut:
    1. Memberi peluang pekerjaan tetap
    2. Tiada yuran
    3. Elaun pembelajaran RM200 dan elaun bekerja RM1000
    4. Penginapan, makan dan minum disediakan
    5. Perlindungan Insurans semasa latihan
    6. Pekerjaan dijamin selepas tamat program
    7. Sijil IPC diiktirafkan oleh kerajaan dan industri

Siapakah yang layak untuk memohon Program IPC?

  • Warganegara Lelaki & Perempuan
  • Berumur 18 - 30 Tahun
  • Memiliki sijil Berhenti Sekolah / SPM / SKM / Diploma dan institusi latihan tempatan atau setaraf
  • Calon yang hanya mempunyai sijil UPSR / PMR / PT3 akan dipertimbangkan

Bagaimanakah saya boleh memohon Program IPC?