Apakah itu Skim Transformasi Pendigitalan Industri?

Objektif:

  • Untuk mempercepatkan penggunaan teknologi dalam industri seiring dengan Industri 4.0 dalam usaha meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara;
  • Membiayai transformasi keupayaan industri Malaysia dengan menyokong ekosistem yang tepat untuk Industri 4.0 bagi menjadikan Malaysia sebagai lokasi pembuatan teknologi tinggi pilihan; dan
  • Mendukung penerapan transformasi digital di seluruh sektor mandat BPMB dalam mengembangkan ekonomi digital untuk negara.

Siapakah yang layak memohon Skim Transformasi Pendigitalan Industri?

Pemohon yang layak:

  • Perkongsian, Sendirian Berhad, Syarikat Awam dan Koperasi.
  • Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia;
  • Pemilikan minimum 40% oleh rakyat Malaysia; dan

Projek yang layak:

  • Projek yang berada dalam parameter yang ditetapkan oleh agensi berkaitan yang terlibat dalam pengembangan teknologi digital.

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMOHON untuk Skim Transformasi Pendigitalan Industri?

  • Sila hubungi Kumpulan Perbankan Perniagaan di talian 03-2611 3888 untuk maklumat lebih lanjut
  • Sila lawati Piagam Pelanggan untuk tempoh proses permohonan, pengagihan pembiayaan dan pelepasan.