Apakah itu GKP?

  • • GKP adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan
  • Di bawah Belanjawan 2021 dan pakej PERMAI, GKP Tambahan telah diberikan kepada PKS Mikro di seluruh negara
  • Pada Mac 2021, GKP 3.0 telah diumumkan di bawah pakej PEMERKASA. Setiap PKS mikro yang layak akan menerima bantuan one-off GKP 3.0 sebanyak RM1,000
    1. Permohonan GKP 3.0 telah ditutup
    2. Bayaran tambahan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada penerima sedia ada GKP 1.0/ 2.0/ 3.0 pada bulan Julai 2021 di bawah pakej PEMERKASA+
  • GKP 4.0 telah diumumkan pada Jun 2021 dibawah pakej PEMULIH. Bayaran RM500 akan disalurkan kepada PKS mikro pada bulan September dan juga pada bulan November
    1. Permohonan GKP 4.0 akan dibuka pada 15 Julai 2021
Penerima GKP 3.0
Jun’21
GKP 3.0 Tambahan
Jul’21
GKP 4.0
Sep’21
GKP 4.0
Nov’21
Penerima sedia ada GKP 1.0/ 2.0/ 3.0 RM1,000 RM500 RM500 RM500
Pemohon baharu GKP 4.0 N/A N/A RM500 RM500

Siapakah yang layak untuk memohon GKP?

  • PKS mikro yang layak untuk GKP adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS Mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
  • GKP Tambahan hanya akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0, termasuk rayuan.
  • Untuk GKP 4.0:
    1. Penerima sedia ada GKP 1.0/ 2.0/ 3.0 akan menerima bayaran GKP 4.0 tanpa perlu membuat permohonan semula
    2. Pemohon baharu GKP 4.0 boleh membuat permohonan GKP 4.0 di Portal GKP bermula 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021
    3. Untuk maklumat lanjut tentang GKP 4.0, sila layari Soalan Lazim GKP 4.0

Bagaimanakah cara untuk memohon GKP?

  • Keputusan GKP 2.0/ 3.0 boleh disemak di Portal GKP
  • Bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, permohonan GKP 4.0 akan dibuka secara dalam talian melalui Portal GKP , mulai 15 Julai sehingga 31 Julai 2021 (15 hari)