Bagaimanakah saya boleh memohon Kempen Go-Ecommerce Onboarding?
sila ke sasawang untuk memohon
UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG 29 RAKAN E-DAGANG KAMI
Apakah itu Kempen Go-Ecommerce Onboarding?
- Objektif kempen ini adalah untuk menyokong peniaga tempatan menyertai platform e-dagang dengan memberi fokus untuk promosi sektor seperti seperti halal, kraf tangan, pertanian, peruncitan dan perkhidmatan untuk membantu meningkatkan penjualan dan jangkauan perniagaan-perniagaan kecil Malaysia
- Untuk menggalakkan peniaga tempatan baharu menggunakan platform e-pembayaran dan membantu mendigitalkan proses pembayaran
- Kempen ini akan bermula pada 1 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021
- Berikut adalah insentif yang ditawarkan melalui kempen ini
- Pelepasan atau pengurangan untuk kos pendaftaran, kos peralatan atau pek permulaan
- Pelepasan atau pengurangan yuran langganan bulanan dan yuran penyelenggaraan tahunan
- Diskaun peniaga dalam bentuk kod diskaun, diskaun produk dan baucar kedai
- Yuran transaksi untuk bayaran komisen, kadar diskaun peniaga/yuran pembayaran
- Yuran latihan untuk latihan platform, latihan penjualan langsung dan pemasaran digital
- Penghantaran Percuma oleh peniaga
- Pengiklanan dalam aplikasi/platform termasuk kredit untuk mengiklan di dalam aplikasi/platform rakan kongsi, sepanduk carian dan tajaan carian
- Perkhidmatan Pihak Ketiga untuk penulisan kandungan, fotografi dan iklan luaran (iklan media sosial, carian perkataan)
Siapakah yang layak memohon Kempen Go-Ecommerce Onboarding?
Kempen ini khusus kepada peniaga tempatan untuk mempelbagaikan saluran jualan mereka melalui e-dagang
Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Kempen Go-Ecommerce Onboarding?
Peniaga tempatan boleh menyertai kempen ini dengan mendaftar di Laman Khas Kempen Go-Ecommerce Onboarding