Apakah itu DPGS?

Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme (DPGS) bertujuan untuk menyediakan keperluan modal kerja secara segera dan khusus kepada syarikat yang menghadapi kesukaran akibat wabak COVID-19, bagi menyokong operasi perniagaan dan memelihara pekerjaan

Siapakah yang layak memohon DPGS?

  • Syarikat yang mendapati perniagaan mereka terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak untuk memohon DPGS, seperti digariskan di bawah:
    1. Syarikat yang diperbadankan di Malaysia;
    2. Syarikat yang beroperasi di Malaysia;
    3. Pemegang saham majoriti (50% +1) mestilah rakyat Malaysia;
    4. Syarikat dengan pemilikan tempatan yang kurang dari 50% +1 juga layak untuk memohon dengan syarat mempunyai tidak kurang dari 75% pekerja warga tempatan;
    5. Syarikat berupaya menjana pendapatan untuk melangsaikan pembiayaan modal kerja yang diluluskan;
    6. Syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang berdaya maju sebelum terkesan dengan COVID-19
  • Bagi syarikat yang tidak terkesan tetapi memerlukan pembiayaan dan jaminan kewangan, mereka masih boleh membuat permohonan di bawah produk jaminan Danajamin yang sedia ada, tertakluk kepada penilaian dan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Danajamin.

Bagaimanakah saya boleh memohon DPGS?

  • Pemohon boleh memohon pembiayaan untuk modal kerja dan/atau perbelanjaan modal dari mana-mana Institusi Kewangan Layak(EFI) yang mengambil bahagian
  • Terdapat 2 peringkat proses kelulusan DPGS:
    1. EFI akan menentukan sama ada syarikat layak untuk memohon pembiayaan serta terdapat keperluan untuk mendapatkan jaminan kewangan
    2. Danajamin akan membuat penilaian ke atas permohonan DPGS bagi menentukan sama ada DPGS boleh digunakan untuk menyokong keperluan pembiayaan
  • Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada:
    1. Aliran Proses DPGS
    2. Soalan Lazim DPGS