Apakah itu DanaNITA?

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Siapakah yang layak memohon skim DanaNITA?

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk DanaNITA?

  • Permohonan secara dalam talian di myusahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.