Apakah itu Micro/I Kredit BSN?

  • BSN Micro/i Kredit Penjana ialah skim pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan bagi membantu perusahaan mikro untuk mengekalkan operasi serta meningkatkan produktiviti perniagaan mereka
    1. Turut ditawarkan pakej khas bagi usahawan wanita di bawah BSN Micro/i Kredit Penjana
    2. BSN Micro/i Kredit Penjana menawarkan moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan
  • Mulai 1 April 2021, inisiatif ini akan tamat dan akan diganti dengan inisiatif PEMERKASA:
    1. BSN Micro/i PEMERKASA menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk modal kerja dan pembelian aset, sehingga RM50,000
    2. Tempoh pinjaman adalah sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
    3. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Laman Khas BSN Micro/i PEMERKASA
    4. Pakej pinjaman khas untuk usahawan wanita, untuk usahawan OKU, untuk usahawan belia, serta pakej pinjaman khas bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan, juga ditawarkan

Siapakah yang layak untuk memohon Micro/I Kredit BSN?

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd);
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  • Pengusaha mikro yang mempunyai perniagaan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan;
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF);
  • Terbuka kepada semua sektor perniagaan

Bagaimanakah cara untuk memohon Micro/I Kredit BSN?

  • Mengemukakan Borang Permohonan BSN Micro/i PEMERKASA yang disertakan dengan dokumen sokongan:
    1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah;
    2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan);
    3. Penyata Akaun Bank untuk tiga bulan terkini;
    4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
  • Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik ke pautan Portal Micro Financing BSN
  • Untuk permohonan di cawangan BSN, borang permohonan BSN Micro/i PEMERKASA boleh dimuat-turun di SINI