Apakah itu BPT?

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga dan menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

Siapakah yang layak untuk memohon BPT?

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

Bagaimanakah cara untuk memohon BPT?

  • Pemohon boleh membuat permohonan bantuan ini di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berdekatan dengan kediaman; atau
  • Pemohon boleh membuat permohonan bantuan ini secara atas talian di SINI

Nota: Kelulusan bantuan adalah berdasarkan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan serta hasil siasatan Pekerja Kes.