Apakah itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?
- Bantuan Prihatin Rakyat 2021 adalah mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Pemohon yang layak boleh membuat permohonan semasa tempoh pendaftaran secara dalam talian atau hadir ke Cawangan LHDNM
- Penambahbaikan BPR telah diumumkan pada 17 Mac 2021, di bawah pakej PEMERKASA, seperti yang berikut:
Kategori |
BPR Tambahan |
Kaedah Pengesahan |
Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah |
RM500 |
- Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
- Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO
- Untuk mengelakan mana-mana golongan tercicir, data daripada agensi berhubungan dengan isi rumah miskin (cth: JKM, e-Kasih) akan digunakan dalam proses permohonan
|
Penerima BPR kehilangan pekerjaan pada hujung tahun 2020 sehingga 30 Mac 2021 |
RM500 |
- Di bawah pakej PEMERKASA+ yang diumumkan pada 31 Mei 2021, bayaran BPR tambahan akan dibayar pada hujung bulan Jun 2021, seperti berikut:
Kategori |
Pendapatan |
BPR Tambahan |
Isi Rumah |
RM2,500 dan ke bawah |
RM500 |
Isi Rumah |
RM2,501-RM5,000 |
RM300 |
Warga emas bujang/kematian pasangan/tiada tanggungan berpendapatan |
RM5,000 dan ke bawah |
RM100 |
Individu bujang |
RM2,500 dan ke bawah |
RM100 |
Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?
Pemohon layak menerima BPR 2021 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja; dan
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja; dan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai Anak; dan
- Had umur:21 tahun hingga 59 tahun; atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?