Apakah itu Ar-Rahnu Biznita?

Inisiatif ini adalah untuk:

  • Meningkatkan aksesibiliti wanita kepada Pembiayaan di bawah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu, sebagai medium mendapatkan modal bagi tujuan perniagaan, terutamanya yang tidak mempunyai akses kepada pinjaman di institusi kewangan dengan menjadikan emas sebagai aset mudah cair.
  • Menggalakkan wanita untuk menjadikan emas sebagai aset dan simpanan bagi digunakan untuk pelbagai tujuan yang produktif.
  • Menggalakkan keusahawanan dikalangan wanita bagi meningkatkan pendapatan keluarga sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.
  • Menjadikan wanita sebagai penyumbang dalam pembangunan sosioekonomi dan menyokong ekosistem pembangunan usahawan

Siapakah yang layak untuk memohon Ar-Rahnu Biznita?

  • Wanita berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai barangan kemas/ Wafer/ Bar Emas YaPEIM Gold
  • Mempunyai lesen perniagaan/ Sijil SSM / Dokumen sokongan (Surat tawaran / Surat penjaja sementara / Kertas kerja projek)

Bagaimanakah cara untuk memohon Ar-Rahnu Biznita?

  • Para pelanggan wanita perlu menghadirkan diri ke cawangan Ar-Rahnu YaPEIM berdekatan.
  • Kemukakan barang kemas untuk membuat proses gadaian.
  • Serahkan dokumen pengenalan diri dan dokumen sokongan kepada staf cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.
  • Sekiranya dokumen lengkap, Pelanggan layak untuk membuat transaksi gadaian di bawah Produk Ar-Rahnu Biznita.