Apakah itu Program Pengembangan Akuakultur​?

  • Program Pengembangan Akuakultur merupakan insentif yang ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha akuakultur kecil sedia ada dan baharu
  • Program ini bertujuan untuk mengembangkan atau memulakan aktiviti akuakultur melalui pembiayaan secara geran padanan tidak melebihi RM20,000
  • Program ini juga dilaksanakan dengan tujuan meringankan bebanan kos yang perlu ditanggung dalam ternakan ikan

Siapakah yang layak memohon Program Pengembangan Akuakultur?

  • Pengusaha kecil iaitu nilai pengeluaran akuakultur adalah kurang dari RM200,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang
  • Pengusaha akuakultur sedia ada dan baharu* sama ada individu, komuniti dan syarikat yang memenuhi kriteria di atas

*Pengusaha baharu adalah pengusaha yang telah memulakan projek tetapi belum mengeluarkan hasil pertama

Bagaimanakah saya boleh memohon Program Pengembangan Akuakultur​?

  • Permohonan boleh dilakukan di setiap Pejabat Perikanan Daerah di mana lokasi aktiviti akuakultur dijalankan. Sila muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan ini
  • Untuk maklumat lanjut, layari laman FAQ program ini.