Apakah itu Program Agro NISAA’-i?
- Pengenalan program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Agrobank untuk meningkatkan peranan wanita dalam bidang keusahawanan; sejajar dengan ‘Tahun Memperkasa Wanita 2018’ seperti yang telah diumumkan dalam Bajet Negara 2018.
- Kewujudan Program Agro NISAA’-i adalah sub-program kepada Program Agro Teras yang sedia ada.
Siapakah yang layak memohon Program Agro NISAA’-i?
- Kelayakan:
- Warganegara Malaysia;
- Had umur : 21 tahun – 65 tahun pada tarikh tempoh matang pembiayaan;
- Usahawan mikro sepenuh masa/separuh masa;
- Telah melaksanakan projek/perniagaan sekurang-kurangnya selama 6 bulan;
- Entiti individu atau pemilik tunggal sahaja;
- Keutamaan kepada usahawan wanita.
- Terma dan Syarat:
- Menubuhkan kumpulan dengan 5 orang ahli;
- Menghadiri Mesyuarat Mingguan Pusat;
- Bayaran pembiayaan secara mingguan;
- Membuat simpanan secara mingguan;
- Telah menjalani latihan Pengukuhan Disiplin Kredit (PDK).
Bagaimanakah cara memohon Program Agro NISAA’-i?
Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila:
- Kunjungi cawangan Agrobank berdekatan, atau
- Tulis surat ke alamat: Bangunan Agrobank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur, atau
- Hubungi kami di:
- Tel: 1-300-88-2476
- Fax: 603- 2692 2053
- E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.