Apakah itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

  • Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,800
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 - RM4,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM800;
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 - RM5,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM500
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 terima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun.

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Untuk maklumat aplikasi terperinci, lawati laman web LHDN.