Apakah itu Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA)?

TRA adalah bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS. Kesemua penambahbaikan ini merupakan tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.


Siapakah yang layak untuk TRA?

  • Individu golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
  • Perusahan mikro, menurut takrifan SME Corp., bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.
  • Para peminjam dalam kedua-dua kategori ini boleh memohon sama ada untuk:
    1. Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
    2. Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Untuk maklumat lanjut, termasuk TRA untuk peminjam terkesan yang lain, sila rujuk kepada Laman Khas TRA.


Bagaimanakah saya boleh memohon untuk TRA?

  • Bagi memohon bantuan ini, peminjam yang layak hanya perlu mengesahkan pilihan bayaran balik dengan bank mereka. Bank-bank tidak memerlukan dokumen tambahan daripada peminjam untuk memberikan bantuan bayaran balik ini.
    1. Walau bagaimanapun, bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, peminjam perlu menandatangani perjanjian baharu menurut Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah.
  • Sila merujuk kepada Laman Khas TRA untuk maklumat lebih lanjut

Maklumat Pantas

Hubungi Kami

Institusi Kewangan Peserta

BNMeLINK

Maklumat Lanjut
Agensi

Institusi Perbankan