Apakah itu Kempen Shop Malaysia Online?​

  • Kempen ini diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021 dengan tujuan untuk menggalakkan pembelian atas talian. Di bawah kempen ini, baucar diskaun yang dibiayai bersama oleh Kerajaan dan rakan e-dagang serta e-bayar terlibat akan diberikan kepada pembeli semasa mereka membuat transaksi pembelian atas talian.
  • Kempen ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga tempatan.
  • Pengguna akan mendapat baucar digital yang boleh digunakan bagi diskaun ke atas pembelian atau caj penghantaran bagi transaksi atas talian di platform e-dagang dan e-bayar yang terlibat. Setiap platform yang terlibat mempunyai strategi kempen tersendiri dalam menarik minat pengguna untuk membeli-belah di platform mereka semasa menyertai kempen Shop Malaysia Online ini.
  • Matlamat Kempen ini adalah:
    1. Jangka pendek: Untuk membantu memulihkan ekonomi dengan menjana permintaan melalui platform atas talian.
    2. Jangka panjang: Untuk membantu peniaga tempatan dan memastikan kitaran perbelanjaan kekal berterusan melalui pembelian secara atas talian.
  • MDEC berperanan dalam melaksanakan kempen ini bersama rakan e-dagang dan e-bayar yang terlibat bagi memastikan kelancaran dan kejayaan kempen.
  • Peranan rakan e-dagang adalah mewujudkan kerjasama dengan peniaga tempatan dalam menggalakkan lebih ramai pembeli berbelanja secara atas talian melalui pemberian baucar digital di dalam platform e-dagang dan e-bayar yang terlibat.

Siapa yang layak untuk menerima inisiatif ini?

Tidak berkenaan. Inisiatif ini tidak memerlukan sebarang permohonan.


Bagaimanakah saya boleh memohon inisiatif ini?​

Tidak berkenaan. Inisiatif ini tidak memerlukan sebarang permohonan.

Maklumat Pantas

Hubungi Kami

03-8315 3000
clic@mdec.com.my

Maklumat Lanjut
Agensi

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)