Apakah it Program Subsidi Upah 3.0?

Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) adalah bantuan gaji RM600 sebulan untuk pekerja bagi perniagaan yang terkesan oleh COVID-19 dan yang beroperasi di Kawasan PKP, berbanding hanya bagi sektor pelancongan dan peruncitan seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021. Jumlah yang akan disalurkan adalah seperti berikut:

  • Penerima PSU sedia ada (sektor pelancongan dan peruncitan):
    1. RM600 / pekerja setiap bulan untuk 3 bulan
  • Pemohon baru (sektor pelancongan dan peruncitan):
    1. RM600 / pekerja setiap bulan untuk 6 bulan
  • Penerima PSU sedia ada dan pemohon baru (setiap sektor di Kawasan PKP):
    1. RM600 / pekerja untuk sebulan

Apakah syarat kelayakan bagi bantuan ini?

  • Penurunan kadar hasil: Perniagaan yang mengalami penurunan kadar hasil sekurang-kurangnya 30% tahun-ke-tahun (dari 2019 ke 2020) selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
  • Berdaftar dengan PERKESO: Majikan dan pekerja berdaftar dan mencarum kepada PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  • Majikan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan sebelum 1 Januari 2021
  • Gaji pekerja: Tidak melebih RM4,000
  • Jumlah maximum pekerja: 500 pekerja

Bagaimanakah saya boleh memohon?​​

Majikan boleh memohon inisiatif ini melalui Portal PRIHATIN PERKESO​.

Maklumat Pantas

Hubungi Kami

1-300-22-800

e-Aduan

Maklumat Lanjut
Agensi

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)