Apakah itu GKP PERMAI?
- Geran Khas Prihatin Tambahan di bawah Pakej PERMAI (GKP PERMAI) adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
- Amaun bantuan GKP PERMAI secara one-off adalah seperti berikut:
- PKS mikro bagi negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
- Pembayaran GKP PERMAI akan dilakukan mulai bulan Mac 2021 melalui akaun bank yang didaftarkan.
Siapakah yang layak untuk memohon GKP PERMAI?
GKP PERMAI akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0, serta PKS mikro yang lulus rayuan.
Bagaimanakah saya boleh memohon untuk GKP PERMAI?
Initiatif ini adalah untuk penerima GKP dan mereka yang telah diluluskan rayuan GKP 2.0. Oleh itu, permohonan untuk GKP PERMAI tidak diperlukan.