Apakah itu Sokongan Bil Elektrik PERMAI?
Inisiatif ini adalah diskaun 10% bagi penggunaan elektrik dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021 untuk enam sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Siapa yang layak untuk menerima inisiatif ini?
Enam sektor perniagaan terpilih yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan bagi diskaun 10% ialah:
- Pengendali Hotel;
- Taman Tema;
- Pusat Konvensyen;
- Pusat Membeli Belah;
- Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan; dan
- Agensi Pelancongan.
Bagaimanakah saya boleh memohon inisiatif ini?
- Pengguna perdagangan dari enam sektor terpilih yang telah menerima diskaun 15% di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 akan secara automatik layak menerima diskaun 10% di bawah Pakej Bantuan PERMAI.
- Bagi Pengguna TNB yang merupakan pemohon baru:
- E-mel kepada TNB CareLine di tnbcareline@tnb.com.my; atau
- Kedai Tenaga yang berdekatan (selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan)
- Pemohon yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan pihak TNB boleh mengisi borang permohonan di Laman Permohonan KeTSA. Borang yang telah dilengkapkan dan dokumen sokongan boleh diserahkan melalui tnbcareline@tnb.com.my.
- Pengguna boleh menyemak status kelayakan diskaun 10% di Laman Khas KeTSA